Monday, March 17, 2014

Jalan


Kenapa la otak ni lambat sangat nak proses jalan *sambil jentik-jentik kepala sendiri

Dah gugel dah 'tips merawat buta jalan'. Tapi takde satu pun yang membantu.
haihhhh


Yup. I choose this road, I choose this road...the one that less traveled by...

Jangan jadi macam bawah ni sudah (-  -')


Bismillahitawakkaltu'alallah

Saturday, March 15, 2014

Pencuri


Semalam jiran sebelah rumah bgtau rumah dia kena masuk pencuri. Kami satu family sangat terkejut sebab kami jenguk-jenguk jugak rumah jiran sebelah sepanjang diorang xde dan kami assume as long as tayar motor pakcik jiran still ada, maknanya tiada kejadian buruklah yang berlaku. 

Jap tayar motor jadi indicator??? hehe. 

Ok peeps, this is not funny sebab rumah kitorang pun kena masuk pencuri jugak beberapa minggu sebelum kejadian rumah pakcik jiran. Luckily dia tak masuk dalam rumah. Dan benda yang dia curi ialah tayar hadapan motor dan rantai motorsikal abah. Dan pencuri itu dengan bijaknya menampan motor tu bagi maintain stand dengan meletakkan batu laman dibawah tongkat.

Trust me, kalau abah bukan jenis mata melilau masa pakai kasut nak pi kerja, takde sape pn yang perasan pasal kehilangan tayar dengan rantai motor tu! Yelaa, kat rumah kan skrg ni 'the guys' xde, maka xde sape pun la nak melilau dengan motor tu.

Me? Me noe nothin bout d bike. Yikes! huhu (-  -")

Report? Of coz kami buat report. Tapi polis takde buat ape pun. Tangkap-tangkap gambar pastu cakap oh kawasan ni memang sunyi. dah lama xde kes... Pastu balik.

Fine. Maybe sebab kecurian yang berlaku kt rumah kitorang ni tersangatlah kecil bagi mereka.

But hey benda yang sama jugak diorang cakap masa rumah pakcik jiran kena rompak semalam. Bukan la kami rakyat marhaen ni nak condemn ke ape... Tapi bila jadi macam ni, sedikit sebanyak kewibawaan mereka akan dipertikaikan di situ.

Seminggu lepas kes tayar motor kena curi tu baru perasan, spray pengilat kereta dengan spray pembersih cermin kereta Mai pun dia kebas! Kurang asam sungguh pencuri tu kan! Baru rasa nak mencarut sebab sedih tau Mai beli tu masa tengah sengkek.

Time tu rasanya dalam purse ada 80 ringgit je kot. Beli jugak sebab memang dah lama pun nak cari pastu nak menyebabkan beli jugak tu sebab kesian hindu yang jual tu meniaga tengah-tengah panas, pastu berbuih-buih mulut sebab dia bersungguh-sungguh cerita nak suruh beli. Siap buat demo semua lagi.

Pastu dia cakap beli dua ni 65. Pastu Mai cakap takde duit nnt xlepas nak balik Taiping (time tu ada kat Ipoh), kalau 50 takpe la. Pastu dia pun kasi sebab kesian kot kat Mai. Kesian berpatahbalik.haha. Tapi dia pesan jangan cerita kat orang lain dia bagi harga murah tu.

 Pas bayar tu dia memang happy sangat sebab dia kata boleh la tambah duit untuk dia raya esok. Kebetulan esok tu Thaipusam.

he..papelalabu...janji semua orang hepi kan. 

Aih cita nak beli spray punya panjang... 

Nak jadi ceritanya alih-alih kena kebas jugak dengan pecuri! Huk. Celake

Panjang pulak post kali ni kan. Akhir kata, bak kata Matlutfi, curi gitar berdosa, curi hati xpa.
Take care of urself...and ur things!!

Lotsoflove,
Mai

Saturday, March 8, 2014

MH370

Dah lama tak update blog. Ingat nak update pasal sesuatu yang menggembirakan yang berlaku pada diri hari ini. Tapi mungkin akan dikongsikan kemudian saja.


Semoga Allah permudahkan usaha mencari dan menyelamat kesemua penumpang dan krew MH370. Ameen..